Antara trend masa kini yang boleh kita lihat ialah mewarnakan rambut.Ramai yang tertanya tentang hukumnya mewarnakan rambut kerana ada beberapa hadis yang bersangkutan dengannya seperti Sabda Nabi SAW : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim) .
Berkata Ibn Umar ra : "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami) . Oleh kerana itu marilah kita bersandar kepada ijmak ulamak kita seperti FATWA YANG DIKELUARKAN DARI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN SEPERTI BERIKUT;
1. Sunat :
Mewarnakan rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam.
2. Harus :
a) Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad.
b) Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami.
3. Makruh :
a) Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.
b) Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau
mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.
4. Haram :
a) Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam
perenggan 2(a) dan (b).
b) Mewarna rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam.
0 comments:
Post a Comment