CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 26, 2009

HUKUM AZAN 2 KALI SOLAT JUMAAT


Tersebut dalam kitab fikh mazhab syafie : Syeikh Sayid Bakri Syatha mengatakan "Dan dua azan solat Jumaat dihubungkan dengan 2 azan untuk solat Subuh ertinya : dan sunat juga 2 azan bagi solat Jumaat


(I'anatut Tholibin Juz 1, Hal 232).




Dalil dari fatwa di atas ialah :




1. Dalam kitab Hadith Bukhari :Dari Saib bin Yazid, beliau berkata "adalah azan pada hari Jumaat mula-mulanya ketikamana Imam telah duduk di atas mimbar, begitu pada masa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam, pada masa Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar radiyaLlahu 'anhu. Berbeza ketika zaman Saidina Uthman bin Affan RadiyaLlahu 'anhu, muslim sudah ramai, maka beliau menambah 'azan yang ketiga' di atas Zaura(Hadith diriwayatkan oleh Bukhari - sahih Bukhari Juz 1, hal 116).


Hadith ini menyatakan :


1. Pada mulanya, iaitu pada zaman rasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan seterusnya pada zaman Khalifah Abu Bakar dan Umar RadiyaLlahu anhuma iaitu sampai pada tahun 23 Hijrah, azan solat Jumaat hanya sekali iaitu pada ketika Imam telah duduk di atas mimbar. Azan ini dinamakan sebagai 'azan pertama'


2. Kemudian khalifah yang ketiga saidina Uthman bin Affan (berkuasa dari tahun 23 Hijrah-35 hijrah) menambah sebuah azan lagi di atas zaura. Azan tambahan ini dinamai dalam hadith ini 'azan ketiga' kerana Qamat dianggap 'azan kedua' Secara tertibnya : 1. Azan 1 pada ketika Imam telah duduk di atas mimbar . 2. Azan 2 -Qamat atau Iqamat. 3. Azan 3 - azan tambahan dari Saidina Uthman.


3. Azan ketiga ini ditambah oleh Khalifah Uthman kerana melihat bahawa manusia sudah ramai, berjauhan tempat bekerja sehingga diperlukan satu azan lagi yang diletakkan terdahulu dari 'azan kedua' iaitu dinamakan azan ketiga.Azan ketiga yang dikerjakan terdahulu ini boleh ibaratnya boleh - dianggap 'lonceng baru' yang memberitahu penumpang bahawa keretapi akan berangkat, dan hendaklah bersiap-siap.






2. Hadith Riwayat Imam Bukhari :Dari Saib bin Yazid berkata :
Pada mulanya azan Hari Jumaat itu ketika Imam telah duduk di mimbar. Hal ini terjadi pada ketika zaman Nabi, zaman Abu Bakar dan Umar radiyaLlahu 'anhu. Maka ketika tiba zaman Khalifah Uthman bin Affan radiyaLlahu 'anhu iaitu pada ketika manusia sudah ramai, beliau memerintahkan agar diadakan azan ketiga di atas Zaura'. Maka tetaplah situasi secara demikian(Hadith riwayat Bukhari - Sahih Bukhari Juz 1 halaman 117).


Hadith yang kedua ini sama dengan hadith yang pertama, tetapi yang kedua bertambah kalimah 'maka tetaplah situasi secara demikian' . Kalimah ini bererti, bahawa azan ketiga itu diterima baik oleh seluruh ulama' Islam, tiada yang membantah sehingga diamalkan secara demikian terus menerus sehingga sekarang.Di dalam Kitab Mawahibul Laduniyah karangan Imam Qasthalani : Kemudian dari itu, bahawasanya perbuatan Saidina Uthman menjadi IJMAK SUKUTHI, kerana tiada seorang yang membantah (Mawahibul Laduniyah Juz II, halaman 249 - zarqani Juz II hal 382).


Jika sudah dinamakan IJMAK maka ia adalah dalil yang kuat bahawa azan ketiga sunat hukumnya. Bolehkah menolak IJMAK ? Sila rujuk : Hukum Mengikut Jemaah/Ijmak UlamakTersebut dalam kitab hadith yang bererti :
Berkata RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam : Pegang teguhlah sunnah aku dan sunnah khalifah-khalifah ar Rasyidin sesudah aku(Hadith riwayat Abu Daud - Sunan Abi Daud Juz 4 Halaman 201).Imam Syafie dalam kitab Al Umm menerangkan :
Dan yang mana di antara yang kedua itu yang terjadi pada masa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam lebih saya sukai(Umm Juz I, halaman 195).Imam syafie adalah mujtahid mutlaq terkenal dengan Ahlu Hadith tentu sangat menyukai ibadat yang terjadi pada masa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam tetapi beliau menyukai juga apa yang diperintahkan oleh Saidina Uthman sebagai Khalifah ar Rasyidin, walaupun yang terjadi pada masa RasuluLlah lebih disukai.Lihat bagaimana Imam Syafie mengggunakan af'al tafdhil. Lebih mengutamakan, melebihkan. Tiada pun sebut larangan.WaLlahua'lam




Sumber Rujukan :


1. K.H Sirajuddin Abbas, 40 Masalah Agama, Pustaka Aman Press, Kelantan, Malaysia


2. Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, Salah Faham Terhadap Bid'ah, al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu'man, 2002, Kuala Lumpur

Thursday, December 24, 2009

SERBAN.




Serban yang dipanggil “Imamah” adalah pakaian kebanyakan ulama’ sama ada di Malaysia atau pun diluar Negara. Di dalam Ittihaf al Muttaqin karangan al Hafiz al Zabidi menaskan imamah dengan baris bawah bagi huruf Ain ialah sesuatu yang menutupi kepala dari kain kapas atau bulu atau seumpamanya.Ia dinamakan demikian kerana meliputi kepala keseluruhannya dan lafaz jama’nya ialah ‘Amaim’.
Kebanyakkan umat Islam yang memakai serban adalah di atas niat yang sama iaitu mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW tetapi kita dapati mereka menggunakan bentuk dan cara lilitan yang berbeza.Terdapat juga perbezaan dari ‘ekor’ serban tersebut.ada yang melilit keseluruhan tanpa mengeluarkan ekornya, ada mengeluarkan ekor dibahagian atas dan dibawah serban dan ada yang mengeluarkan satu ekor sahaja.Selain dari itu perbezaan warna serban juga, dapat kita perhatikan.Ada yang memakai serban yang berwarna putih, hijau dan hitam.
Sebagaimana kita maklum bahawa serban adalah salah satu pakaian Rasullullah SAW bersandarkan kepada hadis ke 140 daripada Sohih al Bukhari menyatakan: Dari Jaafar ibn Amr r.a daripada ayahandanya (Umaiyah) katanya : “Saya melihat Nabi SAW beliau menyapu serban dan kedua khufnya (ketika berwuduk) .” Serban juga adalah antara pakaian yang dipakai oleh malaikat. Ekor serban adalah salah satu bentuk serban yang dipakai oleh Malaikat sebagaimana yang dikeluarkan oleh al Tabrani didalam al Kabir dari hadith Ibni Umar dan al Baihaqi dari hadith Ubadah: “Hendaklah kalian memakai serban kerana ia adalah tanda malaikat, dan lepaskanlah ekornya di belakang kalian”
Serban juga boleh dipakai menggunakan warna selain putih sebagaimana diriwayatkan juga didalam Sohih Muslim daripada Jabir ibn Abdullah bahawa Rasulullah SAW memasuki Makkah dengan memakai serban hitam tanpa berihram.

Diriwayatkan daripada Wathilah ibn al Asqa’ ibn Kaab ibn Amir ibn Laith ibn Bakar ibn Abdi Mannah al Laithi al Kinani yang digelar Abu al Asqa’ dan dikatakan gelarannya Abu Qursofah, dikatakan Abu Muhammad, dikatakan juga Abu Syaddad.Tatkala Rasulullah SAW wafat, beliau keluar menuju ke Syam dan menyertai peperangan di Dimasyq, Hims dan tinggal di negeri itu. Kemudian beliau berpindah ke Baitul Maqdis dan wafat. Telah meriwayatkan sekumpulan manusia daripadanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah dan malaikat mengucapkan selawat ke atas orang –orang yan memakai serban” . ;